Sejarah PKG
Pusat Kegiatan Guru Mengabang Telipot Kuala Terengganu terletak
di SK Mengabang Telipot dengan jarak 25 kilometer dari Pusat Bandar
Kuala Terengganu. Bangunan Pusat Kegiatan Guru ini pada asalnya ialah sebuah
kantin sekolah. Ditubuhkan pada 01.09.1999 dengan Pegawai Penyelaras yang
pertama ialah En Ahmad Zohir Bin Haron. Setelah dinaikkan pangkat ,
En Zohir Bin Harun telah ditukarkan ke Bahagian Teknologi Pendidikan dan
digantikan oleh Encik Mat Sabri Bin Ismail. Pada peringkat awal, Pusat Kegiatan guru
ini mempunyai lima belas buah sekolah ahli dengan kesemuanya adalah sekolah rendah.
Mulai bulan mei 2009, PKG Mengabang Telipot bertambah jumlah sekolah iaitu
13 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah.Secara umumnya ianya
ditadbir secara kolektif oleh satu badan yang dipanggil Jawatankuasa Pengurusan PKG.
Pada bulan Julai 2005, En. M.Azwi Bin Jusoh dari PKG Tok Jiring telah
ditukarkan ke PKG Mengabang Telipot.Selama 5 tahun En M.Azwi telah menerajui
pkg ini sebelum ditukarkan ke BTPNT.
Bermula 1 Julai 2010, En M.Azwi dengan rasminya telah bertukar ke BTPNT
dan telah di ambil alih oleh En Zarufini yang telah dinaikkan pangkat ke DGA 32 hakiki.
Last Updated ( Tuesday, 02 August 2011 01:05 )
















